:)

Ahlan wa sahlan, Selamat datang ke blog saya ^.^

Sejarah ringkas

Sejarah ringkas sahabat- sahabat nabi..

Jom kenali sahabat- sahabat Rasulullah S.A.W. serta ahli keluarga baginda.
"JOM!!"

1. Abu Bakar..

Biodata..

Nama sebenar- Abdullah bin Abi Quhafah bin Othman bin Omar bin Kaab.
Tempat lahir- Makkah.
Tarikh lahir- 572 Masihi.
Gelaran- as- Siddiq kerana pendiriannya sentiasa yakin dan mebenarkan apa- apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah.

Peribadi..


  • Sopan santun
  • Pengasih
  • Penyayang
  • Lemah lembut
  • Bercakap benar
  • Setia kawan
  • Jujur
  • Penyabar


Sumbangan dan jasa..


  • Mendermakan seluruh hartanya untuk perang Tabuk
  • Membebaskan penganut Islam yang diseksa dengan membayar tebusan
  • Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Rasulullah
  • Menemani Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah
  • Lelaki pertama memeluk agama Islam


2. Khadijah binti Khuwailid..

Biodata..

Nama sebenar- Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzzah bin Qusai.
Berkahwin dengan- Rasulullah semasa berusia 40 tahun. Rasulullah pada ketika itu berusia 25 tahun.
Wafat- Tahun ke- 10 selepas Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul, iaitu 3 tahun sebelum hijrah ke Madinah bersamaan 620 Masihi.

Sumbangan dan jasa..


  • Isteri yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap perjuangan suami (Rasulullah)
  • Isteri solehah yang setia dan jujur
  • Banyak memberi sumbangan fikiran dan harta demi perjuangan Rasulullah
  • Sentiasa memahami tanggungjawab dan yakin dengan kebenaran perjuangan baginda
  • Wanita pertama memeluk Islam



3. Sumayyah Ummu Ammar bin Yasir

Biodata..

Nama sebenar- Sumayyah binti Khabbat.
Hamba kepada- Abi Huzaifah binti al- Mughirah.
Berkahwin dengan- Yasir bin Amir.
Nama anak- Amar bin Yasir.

Sumbangan dan jasa..

  • Berani menyatakan yang hak
  • Sanggup pertaruhkan nyawa demi mempertahan kesucian agama Islam
  • Memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan

4. Bilal bin Rabah

Biodata..

Tarikh lahir- 43 tahun sebelum hijrah.
Hamba kepada- Umaiyyah bin Khalaf.
Wafat- 20 hijrah ketika berumur 63 tahun.

Sumbangan dan jasa..

  • Tukang muazzin (azan) pertama dalam zaman Rasulullah
  • Contoh teladan paling unggul
  • Tabah menghadapi ujian

No comments:

Post a Comment

Nak cari apa?

Ayuh bermotivasi ..